Monday, May 12, 2014

Pandanganku terhadap Ahli study group ku....

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah... Yang tak sihat tu pergi jumpa doktor dan makan ubat tau.. Okeylah, hari ni Aisyah nak cerita sikit pasal ahli study group Aisyah... Setiap orang pandangannya berbeza kan? Jadi Aisyah nak bagi tau apa pandangan Aisyah kepada ahli study group Aisyah yang Aisyah sayang sangat ni... Aisyah jugak akan kenalkan dorang sikit... Nak tau kan??? Okeylah jom baca...

1) Siti Aida bt Shamsul Bahri @ Sepet

Sepet... Ramai panggil dia nie Sepet, sebab mata dia sepet... Aisyah kenal dengan Sepet sewaktu dalam kelas... Waktu tu Sepet duduk belakang Aisyah dan duduk sebelah Bella... Waktu tu jugak Aisyah fikir dorang ni kembar sebab muka dorang hampir sama macam kembar... Sepet duduk dorm G2, Aisyah pulak G3... Satu hari dorang (ahli dorm G2) kena kongsi dorm dengan G3... Aisyah rapat dengan Sepet sewaktu dia banyak tolong Aisyah time Aisyah sakit... Sampai teman pergi klinik, duduk dekat bilik sakit, hantar ke bilik sakit... Bahkan Sepet nie lah tempat Aisyah mengadu sedih, menangis dan Sepet ni jugaklah yang tolong basuhkan muntah Aisyah sewaktu sakit tau... Sepet banyak tolong Aisyah dalam semua hal termasuk pelajaran, peribadi....


2) Ahmad Akmal Abulhasan Assaleh bin Mohd Zainudin @ Jinggo @ Akmal

Akmal... Ramai jugak yang panggil dia Jinggo... Yang Aisyah tau nama Jinggo tu nama nick dia jugak... Akmal ni baik orang nyer... Aisyah kenal Akmal sewaktu ada perjumpaan Pengawas Pusat Sumber Junior tahun 2012... Aisyah rapat dengan dia time.... entahlah Aisyah pun tak ingat... Akmal ni banyak bagi nasihat dekat Aisyah... Tapy hubungan kita orang tak lebih dari sahabat... Kalau lebih pun Aisyah anggap dia abang je... Akmal ni salah seorang guru matematik Aisyah tau... Dengan penuh kesabaran dia ajar Aisyah... Sebab apa??? Aisyah suka tanya soalan yang sama... Terutamanyer tajuk bumi.... Banyak kali jugaklah Akmal ajar dengan sabar... Untung tau sapa kawan ngan Akmal ni sebab dia ni suka bergurau jugak... Akmal ni suka dekat kawan baik Aisyah... Akmal pernah cerita pasal masalah dia dekat Aisyah... Aisyah pun pernah cerita masalah Aisyah kat dia... Sebab dia ni ustaz muda Aisyah... Dia banyak bantu Aisyah untuk tau sesuatu dalam islam...


3) Nurul Qamarina bt Rasdan @ Qama @ Rina

Qama... Aisyah kenal dengan dia sebab dia ni selalu tanya Aisyah pasal sesuatu soalan yang dia tak faham... Tempat duduk sebelah Aisyah time tu kosong... Jadi Aisyah suruhlah Qama ni duduk kat situ supaya senang dia nak tanya soalan nanty... Dan jadi agen kejut Aisyah bagun dari tidur... Sebab apa??? Sebab Aisyah ni suka tidur dalam kelas... Kesian Qama... Qama ni jugaklah selalu teman Aisyah pergi bertugas kat library... Kalau tak dia tolong belikan makanan.... Sebab Aisyah kalau dah bertugas malas rasanya nak pergi kantin... Qama ni lah yang tolong... Satu hari Aisyah pernah menangis dan Qama ni ceriakan Aisyah sampai Aisyah boleh ketawa balik tau... Sebenarnya waktu Aisyah kenal Qama ni dia suruh panggil dia Rina... Tapy Aisyah degil panggil jugak Qama... Sampai panggilan tu dah melekat... Qama ni kalau ada masalah dia pendam sendiri tau... Tak suka share dengan orang... Tapy kalau kawan dia ada masalah, dia ada untuk menghulurkan bantuan... Qama ni lembut sangat orangnyer...




4) Muhd Azli b. Ali Barokah @ Azli @ Touma

Azli... Aisyah kenal sewaktu tingkatan 5... Aisyah mula-mula fikir Azli ni gemuk tau... Tapy hahaha ternyata dugaan ku salah sama sekali... Azli ni friendly orangnyer... Dalam masa yang sama dia banyak mengingatkan Aisyah dengan opah Aisyah... Sebab dorang (opah Aisyah dan Azli) kurus dan menghidap penyakit yang sama.. Azli jarang join study group tapy Aisyah tetap anggap dia salah seorang dari ahli study group... Azli ni guru muda Aisyah jugak... Dia ajar matematik... Azli ni salah seorang ahli Pengawas Pusat Sumber sekolah tau... Azli ni ada keluarga indonesia jugak... Aisyah dah tak tahu nak cakap apa pasal Azli ni, yang Aisyah tahu Azli ni baik, bijak orangnyer... Azli ni pandai Bahasa Inggeris tau...










5) Raihan Nasim Bt Mohd Marzuki @ Rehan @ Raihan @ Irai

Raihan... Aisyah kenal sewaktu tingkatan 4... Ingat namanyer Raihana tapy panggil Raihan... Tapy, bukan nama dia memang Raihan... Aisyah salah dengar waktu tu... Tambahan pulak itu first time Aisyah dengar nama perempuan Raihan... Aisyah tak kenal sangat ngan Raihan waktu tu... Aisyah rapat dengan Raihan sewaktu tingkatan 5 tu pun selepas bergaduh tau... Tapi best ada sahabat macam Raihan ni sebab, bila ada orang marah Aisyah atau Aisyah ada masalah, Aisyah boleh kongsi ngan Raihan... Raihan pernah cakap kalau 'orang tu' buat sesuatu bagi tau jer kat dia... Raihan ni Setiausaha Pengawas Pusat Sumber... Pembantunyer, Qama... Hanya ada seorang jer yang panggil Raihan ni Irai... Nak tahu sapa tak??? Tak payahlah, biarlah rahsia... Raihan ni minat sangat melukis... Cantik gambar yang Raihan ni lukis tau... Dan Raihan ni kreatif jugak orangnyer... Umi Raihan dan Umi Aisyah, cikgu... Ayah Raihan dan abah Aisyah pulak pensyarah...





6) Azmeer B Rosman @ Azmeer

Azmeer... Aisyah kenal Azmeer melalui Qama dan Akmal... Kenapa Qama??? Sebab Azmeer ni pernah satu sekolah ngan Qama sebelum masuk Vokasional Kajang... Akmal pulak??? Sebab Akmal tu kan friendly, semua kawan dan sahabat dia... Azmeer adalah satu-satunya kenalan Aisyah yang pegang jawatan PEERS... Nak kata Aisyah tak kawan sangat, tak betul... Tapy nak kata rapat pun tak... Dan jugak bukan kawan biasa-biasa... Sebab Aisyah anggap semua ahli study group ni adik-beradik angkat Aisyah... Azmeer ni sama jer pada Aisyah dengan Azli... Sebab Aisyah tak tahu nak cerita apa sangat pasal Azmeer ni... But... For your infomation, Azmeer tetap salah seorang sahabat Aisyah...


7) Khairul Akmal B Osman @Khai

Khai... Aisyah kenal dan rapat ngan Khai ni masa study group... Akmal kenalkan... Dia ni orang Sarawak... Pandai pulak tu cakap Bahasa Inggeris... Sama ngan Azli... Khai satu-satunya sahabat Aisyah yang ayahnya merupakan seorang guru di tempat Aisyah belajar... Aisyah tak tahu nak cerita panjang pasal si Khai ni... Tapy Khai ni memang kawan yang memahami... Aisyah gembira dapat kenal ngan Khai ni...

8) Wan Mohamad Akmal Hakim B Wan Mohd Azmi @ Wan @ Abe @ Arrogant

Wan... Dia ni ketua PSS... Aisyah pulak pembantunya... Aisyah rapat secara tak sedar... Mungkin selalu bekerjasama dalam menguruskan PSS yang menyebabkan kita orang rapat... Bertambah rapat apabila kitaorang satu study group... Dia ni cikgu matematik Aisyah... Kadang-kadang bila Aisyah wakil sekolah main catur, Wan pun ada... Dia ada jugak bantu Aisyah cam mana nak main catur... Aisyah sorang jer yang panggil Wan ni Arrogant... Sebab??? First Aisyah kenal dia Aisyah rasa dia ni bajet, belagak... Tapy bila lama kenal, banyak bekerjasama... Baru Aisyah tahu yang Wan ni baik sebenarnya... Mula-mula study group Aisyah bertegang urat dengan Wan... Saja jer, dengan cara tu Aisyah mudah nak faham sesuatu subjek... Bertegang urat pun tak lah bergaduh teruk sangat... Masih lagi sahabat...


9) Aida Nazihah Bt Mohd Sharif @ Aida @ Are-ida

Aida... Comel tak??? Ada muka iras-iras Dato' Siti Nur Haliza tak??? Aida ni memang minat gila dengan penyanyi tu... Suara dia, merdu gila kalau nyanyi... Aida ni salah seorang doktor Aisyah... Hahahaha.... Dia ni memang jaga pemakanan Aisyah... Sejak Aisyah diisytiharkan ada gastrik, macam-macam dia tak bagi Aisyah makan... Bukan apa, takut Aisyah jatuh sakit... Kalau Aisyah dah jatuh sakit... Memang teruk, tak boleh bangun dari katil... Aida ni penolong ketua blog kat asrama... Seorang yang lemah lembut... Susah nak marah orang... Aida ni jugak banyak bantu Aisyah... Bagi nasihat, semangat macam Akmal, Sepet, Qama dan Raihan... Yang lain tu bagi jugak semangat kat Aisyah tapi tak sekerap dorang... Aisyah selalu lepak dorm Aida... Ahli dorm Aida ni (Qama, Sepet) ahli study group Aisyah kan... selalulah lepak ngan dorang... Raihan pun lepak sini jugak kalau ada masa...







Ha... dah tahu macam mana Aisyah kenal dan rapat dengan dorang??? Kebanyakkan ahli study group Aisyah ni Pengawas Pusat Sumber... Semua ahli PSS ni berjawatan (ajk tertinggi)... Selalu bekerjasama menyebabkan kitaorang rapat dan bertambah rapat bila ada study group...


Nie Gambar Graduasi Kami... tapi tak semua ada...


Gambar ni kepunyaan sahabat Aisyah... Gambar sewaktu mengambil keputusan SPM... Aisyah tak dapat datang... Sebab??? Sebab Aisyah ada dekat Madrasah waktu tu... Kalau dekat tak perlah ni dekat Melaka...

Gambar ni Aisyah edit, khas untuk sahabat Aisyah yang Aisyah sayangi...

Sekarang Aisyah nak tanya comel dan hensem tak dorang??? Apa!! Biiasa jer... Tak baik tau... Setiap ciptaan Allah tu cantik... Okeylah kita berbalik pada tujuan jari-jemari Aisyah menaip nie... Iaitu nak berkongsi cerita tentang ahli study group Aisyah... Nak tahu tak????

Nak tahu blog dorang tak???? Okey korang just klik jer tau dekat nama tu...

1) Blog Bersama (Wan punya, tapi Aisyah dan sahabat yang lain kongsi gak menulis kat sini)
2) Akmal
3) Aisyah


Aisyah rindu dorang.... Kenangan bersama dorang sangat mahal... Tak ada kenangan Aisyah yang terindah selain dari berkenalan dengan dorang semua... Aisyah takut nak kehilangan salah seorang dari dorang.. Sepanjang Aisyah hidup Aisyah tak pernah ada sahabat kecuali dorang... Selain dorang Aisyah ada sahabat lagi iaitu (Nur Sabrina, Nur Arina Nabila, Nur Hasnida)...




Sahabatku – Super Seven

Apa khabar sabahatku
Dimanapun kamu berada
Walau waktu telah berganti
Tak merubah persahabatan antara kita

Banyak kawan yang ku kenal
Tak semua bisa mengerti
Hanya kamu tetap tinggal
Kerana kamu yang paling sehati

Kita saling mengandalkan
Kita saling membanggakan
Kita terima perbedaan
Dengarlah sahabat laguku ini

Aku dan kamu satu best friend forever (forever)
Sahabat sehati sejiwa
Walau sedang berpisah tak pernah terasa jauh (jauh)
Sahabat best friend forever

Kita saling mengandalkan
Kita saling membanggakan
Kita terima perbedaan
Dengarlah sahabat laguku ini

Aku dan kamu satu best friend forever (forever)
Sahabat sehati sejiwa
Walau sedang berpisah tak pernah terasa jauh (jauh)
Sahabat best friend forever

Best friend forever, best friend forever
Best friend forever, best friend forever


No comments: