Ceritanya bermula apabila Aisyah sejak masuk form 5 tak pernah dapat A dalam matematik. Jadi bila keputusan peperiksaan pertengahan tahun keluar Aisyah dan kawan-kawan tengoklah result dalam phone. Jangan jeles tau... sekolah kita orang kolej... hahahaha... Pengarah benarkan membawa phone, laptop, netbook dan sebagainyalah ke asrama... Bahkan dekat asrama kitaorang ada wifi dan tv....
Jadi bila kawan Aisyah ni tolong semakan pakai phone dia ( phone canggih...) Aisyah dapat atas pagar jer... Sedih tau.. Sebab waktu form 4 Aisyah selalu dapat A dalam matematik... Tapi bila masuk je form 5... hmmm hampeh...
Aisyah pun ambiklah peluang untuk tengok result sahabat Aisyah... Dapat A+ tu dalam matematik... Jadi Aisyah cakaplah dekat sahabat Aisyah... Apa kata kita buat study group dengan mamat ni... Mungkin dia boleh tolong kita dapat A dalam matematik...
Nak tahu tak bila study group ni bermula???? Sehari sebelum puasa Ramadhan pada tahun 2013...
Pada mulanya kitaorang study dekat cafe... Disebabkan ketua warden kita orang melarang lelaki study dengan perempuan dekat dewan makan, jadi Aisyah bincang dengan Cikgu Mazura dan Mama June untuk benarkan kitaorang belajar dekat perpustakaan....
Mama June benarkan.. Alhamdulillah... Tapi bersyarat... Kena jaga batas... Maklumlah belajar dengan lelaki... Tapikan Aisyah bersyukur sangat dapat kenal dengan Wan, Akmal, Khairul, Azli, dan Azmeer... Sebab dorang baik, dan tak pernah ambik kesempatan dengan kami kaum hawa...
Hubungan kami semua bukan sekadar sahabat sahaja.. Tapi dah macam adik beradik... Lebih-lebih lagi Wan dengan Akmal... Dorang tu berkongsi nama yang sama iaitu Akmal, sama jugak dengan Khairul... Wan dan Akmal rapat sangat macam belangkas... Kalau salah seorang dari kami ada masalah.... Boleh diluahkan sesama sendiri...
Orang pernah cakap kalau study group jangan ramai orang.. Tapi Aisyah tak kisah sebab dengan study group nilah Aisyah berkenalan dengan Khairul... Dekat sekolah... Aisyah cuma kenal lelaki yang pengawas pusat sumber, satu kelas dengan Aisyah je... Dengan study ni Aisyah kenal dengan orang lain...
Biarpun hubungan kami rapat antara satu sama lain, namun banyak dugaannya... Bukan senang untuk mempertahankan satu hubungan persahabatan...
Wan pernah cakap kitaorang ni dah macam dalam cerita Tentang Bulan...
Gambar kat bawah ni semasa Majlis Graduasi...
Kecuali gambar ni... Nie gambar sewaktu kami buat jamuan study group...







No comments:
Post a Comment